Category Archives: Isu Semasa

Alvin Dan Vivian Masuk Penjara, Tidak Dibenar Ikat Jamin

Alvin Dan Vivian Masuk Penjara, Tidak Dibenar Ikat Jamin selepas menghadapi 3 pertuduhan mempersendakan umat islam, ramadhan di Facebook milik mereka serta mempamerkan gambar-gambar lucah dilaman blog mereka.

alvin dan vivian Alvin Dan Vivian Masuk Penjara, Tidak Dibenar Ikat Jamin

Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.

Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.

Continue reading

Posted in Isu Semasa. Tagged with , , , , .

Harga Tambang Bas Naik 10 Peratus Menjelang Hari Raya (Perayaan)

Salam, semalam tengok di Berita, khabarnya Harga Tambang Bas Naik 10 Peratus Menjelang Hari Raya (Perayaan), mujurlah tak jadi naik 30%, kesian dengan mereka-mereka yang nak balik kampung naik Bas Ekspress ni.

SPAD Harga Tambang Bas Naik 10 Peratus Menjelang Hari Raya (Perayaan)

Menurut SPAD, perkara tersebut mula dikuatkuasakan bermula pada 8 Julai nanti untuk tempoh musim perayaan menjelang pada Ogos depan., dan menurut SPAD juga, pengendali bas ekpress dan Bas tambahan bagi perayaan Aidilfitri tahun ini, mereka dibenarkan untuk menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Boleh juga baca di SINI

Posted in Berita, Isu Semasa. Tagged with , , , .

Senarai Harga Rokok Yang Naik

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, “Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi”.

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami,” kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut: DUNHILL range RM10.50 KENT range RM10.50 BENSON & HEDGES RM10.50 PETER STUYVESANT range RM9.00 PALL MALL range RM9.00 PALL MALL Plain RM10.90 LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90 ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.

-myMetro

Posted in Informasi, Isu Semasa. Tagged with , , , , , , , , , , .

Pengumuman Pembentukkan Barisan Kabinet Baru Live Di TV1

Pada pukul 5 petang ini, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar Pengumuman Pembentukkan Barisan Kabinet Baru Live Di TV1, ianya diadakan dibangunan Perdana Putra.

malaysia Pengumuman Pembentukkan Barisan Kabinet Baru Live Di TV1

Pengumumman Kabinet Baru Live Di TV1

Pengumuman Pembentukkan Barisan Kabinet Baru ini juga boleh ditonton secara online menerusi link diatas, sama-sama kita saksikannya nanti, tak sabar nak tahu siapakah menteri kabinet yang baru.

Terdahulu Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 11.55pagi bagi mendapatkan perkenan dari Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

- Siapakah barisan Menteri Kabinet yang baru?

Posted in Berita, Isu Semasa. Tagged with , , , , .

Keputusan Penamaan Calon PRU13

Hari ini seawal pukul 8 pagi Proses penamaan calon telahpun bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menjangkakan seawal pukul 12 tengahari ini Keputusan Penamaan Calon PRU13 akan diketahui.

pilihanraya umum ke 13 Keputusan Penamaan Calon PRU13

Sebanyak 22 Pusat Penamaan Calon dibuka hari ini di seluruh negara yang mana bakal menyaksikan pertandingan Pilihanraya Umum ke 13 bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. Nak tahu lokasi penamaan calon boleh ke SINI, tak lama lagi dah nak mengundi, jadi tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

- nanti update lagi

Posted in Informasi, Isu Semasa. Tagged with , , , , , .

Senarai Calon PAS Kelantan Bagi Parlimen & DUN PRU13

Berikut merupakan senarai penuh calon PAS Kelantan yang bertanding bagi kerusi Parlimen dan juga DUN Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), ianya telah diumumkan pada lemat malam rabu :-

  • P.19 Tumpat: Datuk Kamaruddin Jaffar
  • N.1 Pengkalan Kubor: PKR Samaron Ibrahim
  • N.2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim
  • N.3 Pasir Pekan: Datuk Ahmad Yaakob
  • N.4 Wakaf Bharu: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
  • P.20 Pengkalan Chepa: Dr Ezani Hussin
  • N.5 Kijang: Wan Ubaidah Omar
  • N.6 Chempaka: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • N.7 Panchor: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
  • P.21 Kota Bharu: Datuk Takiyuddin Hassan
  • N.8 Tanjong Mas: Rohani Ibrahim
  • N.9 Kota Lama: Datuk Anuar Tan Abdullah
  • N.10 Bunut Payong: Dr Ramli Mamat
  • P.22 Pasir Mas: Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  • N.11 Tendong: Rozi Muhammad
  • N.12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad
  • N.13 Chetok: Abd Halim Abd Rahman
  • P.23 Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusof
  • N.14 Meranti: Datuk Mohd Nasuruddin Daud
  • N.15 Gual Periok: Mohamad Awang
  • N.16 Bukit Tuku: Mohd Rasul Mohamad
  • P.24 Kubang Kerian: Ahmad Baihaqi Atiqullah
  • N.17 Salor: Datuk Husam Musa
  • N.18 Pasir Tumboh: Abdul Rahman Tunos
  • N.19 Demit: Mumtaz Mohd Nawi
  • P.25 Bachok: Marzuki Shaari
  • N.20 Tawang: Hassan Maahmood
  • N.21 Perupuk: Huzairi Hussin
  • N.22 Jelawat: Dr Yusnan Yusof
  • P.26 Ketereh: PKR – Abd Aziz Kadir
  • N.23 Melor: Wan Ismail Wan Jusoh
  • N.24 Kadok: Azami Mohd Noor
  • N.25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmood
  • P.27 Tanah Merah: Nik Mahmood Nik Hassan
  • N.26 Bukit Panau: Datuk Abdul Fatah Mahmod
  • N.27 Gual Ipoh: Wan Yusof Wan Mustapha
  • N.28 Kemahang: Mejar Datuk Anizam Abdul Rahman
  • P.28 Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Mahazir Mohamad
  • N.29 Selising: Dr Saiful Bahrin Mohamad
  • N.30 Limbongan: Mohd Nazlan Mohd Hasbullah
  • N.31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim
  • N.32 Gaal: Tuan Mazlan Tuan Mat
  • P.29 Machang: Tuan Zawawi Tuan Ismail
  • N.33 Pulai Chondong: Zulkifli Mamat
  • N.34 Temangan: Dr Mohd Fadhil Hassan
  • N.35 Kemuning: Hussin Ismail
  • P.30 Jeli: Mohd Apandi Mohamad
  • N.36 Bukit Bunga: Sufely Abd Razak
  • N.37 Air Lanas: Abdullah Ya’akub
  • N.38 Kuala Balah: PKR – Ramlan Mat
  • P.31 Kuala Krai: Dr Mohd Hatta Ramli
  • N.39 Mengkebang: Abdul Latiff Abdul Rahman
  • N.40 Guchil: (Nama akan diumumkan kelak)
  • N.41 Manek Urai: Mohd Fauzi Abdullah
  • N.42 Dabong: Mohd Asri Ibrahim
  • P.32 Gua Musang: Datuk Wan Rahim Wan Abdullah
  • N.43 Nenggiri: PKR – Mohd Azihan Che Seman
  • N.44 Paloh: (Nama akan diumumkan kelak)
  • N.45 Galas: Abdullah Hussin

Parti PAS meletakkan seramai 57 calon termasuk calon dari PKR, 16 daripadanya merupakan calon muka baru dan daripada jumlah tersebut, 43 calon akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 calon Parlimen. Dan sehingga kini masih ada 2 kerusi DUN yang belum diumumkan yang mana mewakili dari parti PKR iaitu kerusi DUN Guchil dan Paloh.

Senarai Penuh Nama Calon Parlimen PRU13 – BN, PKR, PAS & DAP

Posted in Berita, Informasi, Isu Semasa. Tagged with , , , , .